Tuesday, January 26, 2010

Hello 2010!!!!

Dragon says;

Selamat Tahun Baru 2010. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan 'Salam Tahun Baru' untuk semua. Sebenarnya, tahun ini saya cuba untuk menyediakan senarai perkara yang akan menjadi azam saya. Tetapi, seperti biasalah, proses berfikirnya aje dah memakan masa berhari- hari... belum lagi dicampurkan dengan proses penulisan... akhirnya satu apa pun tak terjadi. Tetapi, 'Cosmo' keluaran Januari memudahkan kerja saya. (jika kamu ada membaca Cosmo keluaran Januari kamu tentu faham akan apa yang saya akan perkatakan di sini). Ya, Cosmo telah memudahkan kerja saya dengan menyiarkan serangkaian azam- azam tahun baru yang boleh diguna pakai sepanjang tahun ini. Apa yang saya lakukan cuma memilih apa yang berkaitan dengan diri saya sahaja... dan voila! Termeterailah satu senarai azam- azam yang cuba dilaksanakan... senangnya hidup :)