Dragon says;
Mengimbau kembali kenangan lama,rasanya masih banyak yang saya tak ketahui tentang ‘Kesatria’ Hitam sorang ni., Ya, mungkin hanya hitam yang saya tahu menjadi warna kegemarannya. Mungkin ya, mungkin tidak. Misteri... itulah sebenarnya yang saya nampak pada diri Kesatria.
Perkenalan pertama, mungkin susah untuk diingati kerana dirinya terlindung antara yang lain. Apabila mengenal yang lain, barulah dirinya muncul. Apabila dah menjelma, barulah terserlah keunikkan diri. Ya, unik mungkin merupakan kata kunci pada perkenalan kami.
Awal perkenalan, dirinya bukanlah yang paling disukai lantaran terlalu manja. Nampak seperti inginkan perhatian. Tapi seperti kata pepatah Melayu ‘tak kenal maka tak cinta’ bila dah kenal dah makin suka.
Tanggapan pertama mungkin tak selalunya betul. Apa yang penting, keikhlasan hati untuk mengenali dan memberi ruang pada diri sendiri dan juga orang lain. Secara tak langsung, kita dapat mengenali seseorang yang baru dan mengetahui sesuatu yang baru.
*susah juga ye nak meng’ekpresikan’ diri guna Bahasa Melayu*
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
haha,memang susah bm nih, cam xcaya plak siNaga ni bley gune perkataan lantaran...
manja...??? never thought that u didn't like me becos i'm 'manja'.. manja tang mane tuh...
Post a Comment